Niena Baharun terharu dengan doa orang ramai

 Niena Baharun terharu dengan doa orang ramai


PETALING JAYA : “Saya terharu dengan doa dan kata-kata semangat yang diberikan oleh semua pihak menerusi mesej peribadi serta pelbagai medium. Terima kasih kepada semua dan ada juga yang tidak sempat untuk saya balas.

“Alhamdulillah…Adiel juga semakin sihat berbanding Isnin lalu ketika mula perlu dimasukkan ke wad. Kali pertama Adiel perlu bermalam di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru. 

“Puas kami memujuk doktor untuk tidak masukkan Adiel ke wad.Kami akhirnya reda dan menerima keputusan doktor pada ketika itu. 

“Saya berharap Adiel kembali sihat seperti biasa dan dapat bertemu dengan anak kedua saya, Alyssa yang berada di rumah”.

Pelakon Datin Niena Baharun terharu dengan kata-kata semangat dan doa orang ramai kepada anak lelakinya, Adiel Mikael yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Niena mengakui berdepan detik cemas ketika anak lelakinya yang berusia tiga tahun itu perlu dimasukkan ke wad buat kali pertama pada Isnin lalu. 

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat bertambah sihat dan semakin ceria berbanding keadaannya yang tidak bermaya beberapa hari lalu.

Niena yang berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  75  =  85