Nicol hampir raih gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

 Nicol hampir raih gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Foto dari Instagram Datuk Nicol David

BERNAMA melaporkan, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hampir meraih gelaran Anugerah Altet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan kedudukan selesa dalam undian yang dijalankan secara dalam talian.

Meskipun merupakan wakil tunggal dari rantau Asia, juara dunia skuasy lapan kali  itu memperoleh sebanyak 254,692 undi setakat pukul 6 petang hari Sabtu, sekali gus mendahului saingan dengan kelebihan hampir 150,000 undi.

Pencabar terdekatnya, James Kehoe dari Ireland yang mewakili sukan tarik tali dengan 106,061 undi, diikuti oleh atlet angkat besi wanita, Larysa Soloviova dari Ukraine dengan 91,385 undi.

Atlet berusia 37 tahun kelahiran Pulau Pinang yang telah memegang rekod berada pada kedudukan nombor satu dunia selama sembilan tahun itu, akan bersaing dengan 23 calon atlet terbaik mewakili pelbagai sukan – dalam sejarah 40 tahun temasya Sukan Dunia.

Undian boleh dibuat menerusi https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81 yang akan ditutup pada Isnin (1 Feb) pukul 2 petang waktu Eropah Tengah (CET) atau pada pukul 9 malam, waktu Malaysia.

“Anda boleh mengundi calon di laman The World Games setiap 24 jam sekali. Undian perlu diberikan kepada dua calon setiap kali anda mengundi: dua undi untuk calon pilihan pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua.

”Sekiranya anda memberikan undi kepada satu calon sahaja, undi anda tidak akan didaftarkan,” menurut The World Games.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  +    =  44