Nia Ramadhani menitiskan air mata, bakal dipenjara setahun

 Nia Ramadhani menitiskan air mata, bakal dipenjara setahun

JAKARTA : Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakrie dijatuhkan hukuman penjara selama setahun di atas kesalahan penggunaan dan memiliki dadah.

Pemandu pasangan itu iaitu Zen Vivanto turut dijatuhkan hukuman sama oleh barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim, Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat.

“Hukuman yang patut dijatuhkan adalah hukuman penjara kerana Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan,” kata Muhammad Damis seperti dilaporkan Kompas.

Nia yang popular menerusi watak Bawang Merah hanya menundukkan kepala dan menitiskan air mata sambil disaksikan oleh suaminya selepas hukuman dijatuhkan.

Tidak hanya Nia, ahli keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon itu turut menangis sebaik hukuman dibacakan.

Terdahulu, Nia, Ardi dan pemandu mereka diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat RSKO Cibubur selama 12 bulan.

Namun, mereka sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

Terdahulu, pemandu peribadi pasangan itu ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram pada pertengahan tahun lalu.

Penangkapan itu membawa kepada penahanan Nia yang ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti membabitkan penggunaan syabu.

Ardi, kemudiannya datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *