NGO persoal warga asing menguruskan pusat asuhan kanak-kanak

 NGO persoal warga asing menguruskan pusat asuhan kanak-kanak

NGO persoal warga asing menguruskan pusat asuhan kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Susulan penahanan seorang warga asing yang menguruskan pusat asuhan kanak-kanak, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Anak Kami (Anak Kami) mempersoalkan bagaimana wanita tersebut dibenarkan menguruskan pusat tersebut.

Timbalan pengerusi (Anak Kami) Ku Noor Ammarah Ku Amir berkata maklumat polis mendedahkan pusat tersebut telah beroperasi selama lebih tujuh tahun.

“Walaupun media melaporkan lesen pusat asuhan tersebut tamat tempoh dua bulan lalu, wanita warga asing berkenaan telah tujuh tahun mengusahakan perniagaan itu,” katanya kepada media hari ini.

Ku Noor mahu pihak berkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan penjelasan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

“Bagaimana JKM boleh terlepas pandang perkara ini dan membenarkan warga asing mengasuh di pusat asuhan kanak-kanak, adakah JKM tidak melakukan pemantauan ketat atau ada unsur rasuah yang berlaku,” katanya.

Semakan di laman web rasmi JKM mendapati syarat minimum JKM bagi kebenaran mendapatkan kelulusan pusat asuhan adalah pengasuh mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sebelum ini tular seorang bapa meluahkan kekecewaan apabila mendapati anak lelakinya yang berusia enam tahun mengalami lebam di beberapa anggota badan.

Tengku Aminuddin Shafiq mendakwa anaknya, Tengku Noah didera pengasuh di pusat asuhan kanak-kanak untuk kanak-kanak autism di Ampang, Selangor.

Beliau berkongsi video yang memaparkan anaknya diperlakukan dengan kasar kerana enggan makan di pusat tersebut.

Menurut Tengku Aminuddin perkara tersebut bukan pertama kali berlaku dan beliau pernah melaporkannya kepada pihak pengurusan pusat tersebut namun tidak sebarang tindakan diambil.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *