NGO perlu plan strategik jangka pendek dan panjang – Uncle Kentang

 NGO perlu plan strategik jangka pendek dan panjang – Uncle Kentang

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Badan bukan kerajaan (NGO) perlu memiliki plan strategik jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan keberkesanan operasi.

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata banyak NGO baru yang ditubuhkan setiap kali ada isu baru yang berbangkit ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

“Namun NGO baru ini akan hilang dan lenyap selepas hanya satu projek yang mereka jalankan,” katanya ketika dihubungi Wacana.my hari ini.

Ditanya mengenai penglibatan ahli politik dalam NGO, Heng berpendapat perkara tersebut boleh mendatangkan banyak kebaikan untuk rakyat.

“NGO adalah cara terbaik untuk mereka (ahli politik) mendekati rakyat tanpa kerenah birokrasi,” katanya.

Semua ahli politik perlu membantu NGO dalam pelbagai cara khususnya membantu dalam pemasalahan rakyat tegasnya.

“Ramai ahli politik yang bagus dan rapat dengan NGO serta benar-benar berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Heng menamakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengasas Rumah Pihatin, Tan Sri Annuar Musa sebagai ahli politik yang banyak membantu pihak NGO seperti beliau.

“Ada ramai lagi, tapi jika ditanya mengejut begini saya ingat nama mereka berdua,” katanya.

Walau bagaimanapun, Heng tidak menolak ada ahli poltik yang menyalagunakan NGO sebagai peluang untuk mengaut kekayaan dan meraih populariti semata-mata.

“Rakyat boleh nilai sendiri, mereka bijak dan mampu membezakan musang atau ayam,” katanya.

Kepada ahli politik yang bersifat sebegitu, Heng meminta rakyat agar berhenti memberi sokongan kepada mereka dan hentikan memilih ahli politik yang menyalahgunakan NGO untuk kepentingan peribadi.

“Lihat kepada keberhasilan NGO dan siapa dibelakangnya, jangan menyokong seseorang tanpa usul periksa dan buatlah penilaian yang terbaik,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  5  =