NGO kesal SOP mengelirukan

 NGO kesal SOP mengelirukan

Penerima bantuan dari kalangan barisan hadapan oleh Kembara Kitchen

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Sejak negara dilanda wabak COVID-19 pada Mac 2019, Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah rancak membantu agensi-agensi kerajaan dalam urusan pengagihan bantuan makanan kepada rakyat yang memerlukan.

Namun sehingga kini, peraturan dan kebenaran pergerakan untuk badan NGO seluruh negara amat rumit dan mengelirukan sehingga ramai yang terpaksa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata dalam tempoh tiga bulan terakhir ini antara April hingga Jun, pihaknya telah mengagihkan lebih 40,000 kotak makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Bukan sahaja keluarga dan individu perseorangan, kami juga menyerahkan bantuan kepada wakil rakyat yang kekurangan bekalan untuk diagihkan kepada penduduk dikawasan mereka,” katanya.

Namun yang menjadi persoalan ialah mengapa begitu sukar untuk NGO menjalankan tugas mereka.

“Bayangkan jika kami tidak menghantar bekalan makanan ini kepada mereka, adakah kemungkinan mereka akan memilih untuk terpaksa mencuri demi kelangsungan hidup,” katanya.

Tambah Nadzim pihaknya lebih rela menanggung risiko diambil tindakan oleh penguatkuasa daripada membiarkan 40,000 keluarga kelaparan.

Masalah yang sama turut dihadapi oleh Kembara Kitchen yang mengagihkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada rakyat seluruh negara.

Pengarah Kembara Kitchen, William Cheah  memberitahu Wacana.my untuk pihaknya melintasi daerah bagi menghantar bekalan makanan, beliau harus melalui lebih 12 Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi setiap satu agihan.

“Bayangkan sehari kami ada lebih 6 laluan agihan, setiap satu agihan memerlukan kami mendapatkan kebenaran dari sekurang-kurangnya 4 buah PKOB dan 2 pejabat JKM,” katanya.

William mempersoalkan mengapa pihak JKM tidak menyimpan maklumat NGO yang berdaftar dengan JKM dan yang sentiasa bekerjasama dengan JKM bagi urusan pergerakan.

“Bukan JKM tidak kenal kami, mereka juga ada menerima bekalan bantuan dari kami untuk agihan kepada golongan B40 dan barisan hadapan, mereka tahu siapa yang buat kerja tetapi urusan pergerakan menjadi sukar sehingga menyekat pergerakan kami,” katanya.

William berkata setiap kali berlaku bencana, pihaknya perlu mendaftar sepertimana sebuah NGO yang baru.

“Bayangkang di Malaysia, setiap tahun banjir. Di Selatan dan Pantai Timur, selain itu bencana alam lain dan juga kejadian seperti kebakaran, PKPD, kemalangan dan sebagainya NGO banyak turun padang dan membantu kerja sokongan kepada agensi-agensi kerajaan dan setiap kali itulah kami harus mendaftar semula dengan JKM,” katanya.

William mencadangkan JKM mula menyimpan maklumat NGO yang benar-benar menjalankan tugas dan juga maklumat aktivis terlibat.

“JKM boleh anjurkan kursus khas untuk sukarelawan bagi mereka yang bertugas dan jika mereka mahu kekal didalam senarai NGO dan sukarelawan mereka wjaib hadir kursus mungkin setahun atau dua tahun sekali, ” katanya.

Dengan cara ini menurut William, selain memastikan sukarelawan peka dengan keselamatan diri JKM dan NGO juga boleh mengeratkan lagi kerjasama mereka.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1