Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
NGO bantu Hospital UiTM jayakan program vaksinasi

Dari Kiri Pegawai Perhubungan Awam Hospital UiTM En Hafiz, Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, wakil NGO Persatuan Kebajikan Anak Kami dan Dr Izzat Ismail ketika penyerahan kerusi roda. WMY/Supian Ahmad
SHAH ALAM, 5 Jun –Kurang 48 jam sebelum Dewan Berlian, di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Kampus Puncak Alam dibuka untuk program vaksinasi negeri Selangor, badan sukarelawan NGO turut bersemangat turun padang membantu mempersiapkan pusat vaksinasi kategori mega itu.
Dengan anggaran kapasiti sehingga 5000 penerima vaksin sehari, lebih 200 petugas dan sukarelawan dari UiTM cawangan Kampus Puncak Alam bertungkus lumus menyiapkan fasiliti dengan kelengkapan kemudahan yang bakal digunakan.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah sekeluarga menyumbangkan 20 buah kerusi roda melalui Persatuan Kebajikan Anak Kami untuk kegunaan pusat vaksinasi tersebut.

Sementara itu NGO Kembara Kitchen pula komited menyediakan makanan sedia di makan Hero Meals keluaran mereka sendiri.
Kembara Kitchen turut menyumbangkan 10 buah lagi kerusi roda untuk kegunaan pusat vaksinasi bertaraf mega itu.
Wacana.my diberitahu, petugas – petugas di pusat tersebut adalah terdiri daripada petugas kesihatan Hospital Uitm, sukarelawan Uitm, Pelajar serta Alumni Universiti itu.
Pensyarah Utama Kesihatan Awam Dato’ Dr Khalid Ibrahim memberitahu wacana.my pusat vaksinasi itu bakal memberikan suntikan vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac.
“Vaksin akan diberikan mengikut keperluan penerima seperti wanita mengandung, wanita menyusu bayi serta warga emas,” katanya.

Walaupun kapasiti penerima vaksin disini adalah tinggi, Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Uitm, Prof Madya Dr Ahmaf Izuanuddin Ismail berkata proses vaksinasi untuk setiap penerima dijangka akan mengambil masa kurang 1 jam.
“Mereka akan mendaftar masuk melalui salah satu dari tiga saluran yang disediakan termasuk laluan satu yang dikhususkan untuk penerima dari golongan OKU,” katanya.
Setelah melepasi saringan pertama, penerima vaksin akan melalui sesi taklimat dan konsultasi sebelum menerima suntikan vaksin masing-masing,” katanya.
Pihak hospital turut mengalu-alukan sumbangan makanan untuk petugas dan sukarelawan yang terlibat.