Netizen sokong KJ bertindak tegas terhadap golongan anti vaksin

 Netizen sokong KJ bertindak tegas terhadap golongan anti vaksin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin nekad akan ‘menyusahkan’ hidup golongan anti vaksin

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Susulan kenyataan tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang akan ‘menyusahkan’ hidup kumpulan antivaksin, rakyat mula menyuarakan pendapat mereka.

Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan kelantangan Ahli Parlimen Rembau itu, kebanyakkan mereka menyokong ketegasannya dalam menangangi masalah tersebut.

Rata-rata memahami apa yang cuba disampaikan Khairy itu adalah bagi memastikan mereka yang sengaja menolak vaksin COVID-19 sedar akan kesan perbuatan mereka.

Info grafik dari Facebook Public Health Malaysia

Hamzah Nazari, dari Kuala Lumpur berkata beliau tidak bersimpati dengan golongan Anti Vaksin.

Menurut Hamzah golongan tersebut hanya beranggap mereka yang paling pandai melebih para doktor dan saintis.

“Mereka menggelar penerima vaksin sebagai biri-biri dan diri mereka sebagai serigala,” katanya dalam laman Facebook.

Namun apabila mereka golongan anti vaksin ini tersepit dengan SOP yang dikenakan, mereka mendakwa mereka adalah ‘serigala’ yang dibuli oleh si biri-biri.

“Ada pula yang mengambil kesempatan membuat sijil vaksin yang palsu,” katanya.

Hamzah berkata selagi golongan ini tidak mengakui kesalahan mereka dan memohon maaf, beliau tidak akan menerima mereka.

Selain itu, ada juga yang menyindir golongan anti vaksin yang mendakwa terdapat microcip serta magnet didalam vaksin COVID-19.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Dr Arisman bertanya samada golongan Anti Vaksin tidak takut pulang ke kampung untuk menziarah saudara serta rakan lain yang sudah lengkap vaksinasi.

“Anti-vaks tidak takut pulang ziarah orang lain yang sudah lengkap vaksin, mereka ada microcip, magnet , ada 5G serta gelombang yang boleh mematikan, tak takut ke?” selorohnya.

Ahad lalu, Khairy menegaskan tidak akan membenarkan golongan anti vaksin menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.

Sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan, media melaporkan terdapat segelintir pemandu dan penumpang yang belum lengkap vaksinasi diarahkan berpatah balik dan ada juga yang dikena kompaun kerana cuba merentas negeri tanpa mendapatkan vaksinasi lengkap.

Kerajaan menetapkan hanya pemandu dan penumpang yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk merentas negeri.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *