Netizen persoal Chatime padam kenyataan rasmi berkaitan Neelofa dan PU Riz

 Netizen persoal Chatime padam kenyataan rasmi berkaitan Neelofa dan PU Riz

Kenyataan rasmi dari Chatime yang didakwa netizen telah dipadamkan

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR : Semalam syarikat minuman Chatime telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong perjalanan pasangan selebriti yang baru sahaja melangsungkan pernikahan Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi dan beberapa negeri di utara Semenanjung adalah atas urusan kerja berkaitan syarikat mereka.

Namun sejak pagi tadi, bikin panas apabila ada segelintir netizen mempersoal tindakan syarikat minuman berkenaan yang didakwa telah memadamkan kenyataan berkenaan di halaman Facebook mereka atas sebab yang tidak diketahui.

Tinjauan Wacana.my juga mendapati kenyataan rasmi berkenaan tidak kelihatan.

Ada juga dakwaan bahawa syarikat minuman berkenaan lupa mengemaskini pembukaan cawangan baru di zon utara dan hanya terdapat 4 senarai cawangan baru iaitu satu di Johor dan 3 di sekitar Lembah Klang.

Terdapat juga dakwaan netizen mengatakan cawangan di kawasan jeti Langkawi telah dibuka sejak 2018 dan netizen yang tinggal di pulau berkenaan tertanya-tanya dimanakah cawangan terbaru yang dimaksudkan oleh syarikat minuman tersebut.

Lebih mengharukan ada netizen yang sudah memulakan gerakan memboikot syarikat berkenaan kerana didakwa berasa tertipu.

Terdahulu, Polis Daerah Brickfield telah mengesahkan bahawa mereka telah memberi kebenaran perjalanan pasangan terbabit bersama 3 yang lain ke Pulau Langkawi setelah permohonan dibuat oleh wakil syarikat minuman tersebut di Balai Polis Sri Hartamas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfield, Supritendan Basri Sagoni, permohonan pergerakan mereka ke pulau berkenaan adalah dari tarikh 27 Mac hingga 4 April 2021.

Sekiranya siasatan mendapati pasangan terbabit melakukan perjalanan rentas negeri bukan atas tujuan kerja melibatkan syarikat minuman berkenaan, pasangan tersebut boleh diambil tindakan kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN).

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3