Netizen doa Dr Noor Hisham dan pasukan terus tabah perangi COVID-19

 Netizen doa Dr Noor Hisham dan pasukan terus tabah perangi COVID-19

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 April  — Netizen atau pengguna media sosial membanjiri platform itu dengan ucapan selamat hari jadi kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan mendoakan beliau terus kuat dan tabah dalam tanggungjawabnya ‘memerangi’ COVID-19 di negara ini.

Dr Noor Hisham menyambut ulang tahunnya yang ke-58 hari ini.

Tinjauan ke halaman Facebooknya, warga maya daripada pelbagai latarbelakang menyatakan sokongan kepada beliau, malah ada yang merasa rindu kerana beliau sudah lama tidak tampil di kaca televisyen menyampaikan sidang media harian perkembangan pandemik berkenaan seperti sebelum ini.

“Happy Birthday Tan Sri! Wish you good health, happiness, and success in all your endeavors,” tulis Megha Sivaram.

“Selamat Hari Lahir Dato’, semoga Allah sentiasa merahmati Dato dan pasukan Dato yang sentiasa berada di hadapan dalam ‘peperangan’ ini,” tulis Mohd Adzlan Bin Omar pula.

“I masih mengingati jasa Tan Sri dalam sumbangan memerangi COVID-19…Tan Srilah orang yang paling sesuai menjadi pelapor untuk perkembangan semasa COVID-19…Rasa kecewa apabila bertukar orang membuat tugasan ini,” katanya.

Zahirah Mohd Shariff pula mengucapkan: “Selamat Hari Lahir Tan Sri. Semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk terus berkidmat untuk negara. Aamiin,”.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Dr Noor Hisham menyatakan harapan sempena hari jadinya agar seluruh rakyat Malaysia terus bersatu untuk memerangi pandemik COVID-19.

“Alhamdulilah dan terima kasih. Coming together will make us stronger to fight against COVID-19,” katanya.

Masih setia melaporkan perkembangan COVID-19 negara, kali terakhir Dr Noor Hisham mengadakan sidang media secara langsung ialah pada 4 Mac lepas. Selepas itu, perkembangan pandemik berkenaan hanya dilapor melalui kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mengemas kini perkembangan kes COVID-19 melalui laman sosial Twitter dan Facebooknya setiap hari.

Tahun lepas, pengamal media sempat memberikan kejutan kepada beliau dengan membawa kek hari jadinya sebaik sidang medianya di Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan kementerian kesihatan (KKM) di Putrajaya selesai.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  −    =  47