#WAAW-Netizen dakwa Neelofa, PU Riz nak buka cawangan di puncak gunung, dalam gua tengah laut

 #WAAW-Netizen dakwa Neelofa, PU Riz nak buka cawangan di puncak gunung, dalam gua tengah laut

Antara gambar yang telah tular di laman media sosial

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 5 April — Pasangan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz kini berdepan dengan siasatan dan tindakan dari pihak polis

Ini susulan tindakan Neelofa memuatnaik gambar dan video di laman Instagram miliknya sedang melakukan aktiviti seperti menaiki kereta kabel dan jetski di Pulau Langkawi yang didapati terdapat unsur pelanggaran terhadapan kebenaran merentas negeri atas tujuan bekerja bukannya “berbulan madu” atau bercuti yang masih lagi tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Pasangan ini akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke pulau peranginan tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata,”kalau kita dapati dia gagal kemukakan bukti, kita akan kompaunkan dia, pegawai penyiasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan dia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh, kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh langgar,” katanya.

Abdul Hamid menegaskan polis bersikap adil dalam mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran SOP ditetapkan kerajaan dan tidak membeza-bezakan antara rakyat biasa dengan orang kenamaan.

“Kita akan sentiasa seboleh-bolehnya nak cepat (dalam siasatan kes melibatkan orang kenamaan atau selebriti),

“Itu dia punya SOP (atau tidakan yang diambil polis. Bukan kami sengaja nak orang di bawah dikenakan kompaun serta-merta tetapi VVIP sengaja dilewatkan, tidak (benar sama sekali). SOPnya begitu,” ujarnya.

Netizen juga tidak ketinggalan mempersoal tindakan pasangan tersebut yang didakwa cuba mencabar undang-undang dan ada juga yang dakwa Neelofa bakal buka cawangan perniagaan di atas gunung atau di dalam gua di laut.

Berikut merupakan tangkap layar yang mendapat tanda suka dan perkongsian popular di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2