Neelofa dan PU Riz dilepaskan tanpa dibebaskan

 Neelofa dan PU Riz dilepaskan tanpa dibebaskan

PETALING JAYA : Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret, Seremban, hari ini.

Usahawan popular itu dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bebas daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah mempertimbangkan representasi yang dikemukakan oleh Noor Neelofa dan suami berhubung pertuduhan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Dis ini bagi perintah dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan itu.

“Dimaklumkan bahawa representasi tersebut telah dipertimbangkan oleh Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan  saya memohon supaya kedua-dua kes ini di DNAA terlebih dahulu bagi membolehkan tindakan lain diambil terhadap kedua-dua OKS (orang kena saman),” kata Nor Azizah.

Pada 21 Oktober lalu, Noor Neelofa dan Muhammad Haris telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara, memohon pertuduhan terhadap mereka berkaitan pelanggaran SOP PKPB tersebut ditarik balik. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20  +    =  22