Neelofa beri bayangan tujuan ke Langkawi bukan bulan madu?

 Neelofa beri bayangan tujuan ke Langkawi bukan bulan madu?

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR : Sejak kebelakangan ini tular pelbagai dakwaan & spekulasi melanda pasangan selebriti yang baru sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lalu iaitu Neelofa & PU Riz.

Dari majlis pernikahan yang didakwa melanggar SOP hinggalah ke dakwaan pasangan tersebut tiba di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.

Biarpun belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pasangan tersebut ataupun pihak pengurusan mereka, Neelofa telah memberi bayangan menerusi ruangan story di laman Instagram miliknya bahawa urusannya ke Langkawi adalah atas urusan kerja.

Neelofa memuatnaik hantaran kad ucapan yang tertera “Dear Neelofa & Haris, Welcome to Langkawi & looking foward to our collaborations” turut memetik sebuah jenama minuman.

Sudah pastinya dengan jarak hari pernikahan yang hanya selang beberapa hari sahaja berlangsung, netizen dengan pantasnya membuat pelbagai spekulasi dan dakwaan yang mengaitkan pasangan ini berbulan madu di pulau lagenda berkenaan.

Terdahulu pasangan tersebut juga dilaporkan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pelanggaran SOP pada majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu namun hanya pembantu peribadi Neelofa & pasangan pengurus majlis berkenaan sahaja yang dilihat di IPD Dang Wangi setakat hari ini.

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  8