• Thursday, 17 June 2021, 1:44 pm

NBA Play-off: Kevin Durant menyinar, Nets menang perlawanan pertama

 NBA Play-off: Kevin Durant menyinar, Nets menang perlawanan pertama

NEW YORK, 7 Jun. – Brooklyn Nets menewaskan Milwaukee Bucks 115-107 dalam perlawanan pertama separuh akhir NBA play-off Eastern Conference walaupun dihantui dengan kecederaan pemain utama James Harden pada awal minit perlawanan semalam.

Dalam perlawanan ‘best-of-seven’ itu, Kevin Durant bagaimanapun mengambil alih tugas Harden dan menjaringkan 29 mata manakala Kyrie Irving menjaringkan 25 mata.

Milwaukee Bucks gagal meraih kemenangan walaupun dengan aksi dominan oleh pemainnya, Giannis Antetokounmpo yang menjaringkan mata terbanyak dengan 34. Bekas pemain Nets, Brook Lopez menambah 19 mata manakala Jrue Holiday menyumbang 17 mata.

Nets berharap Harden dapat pulih tepat pada waktunya untuk permainan kedua dalam siri tujuh perlawanan, yang berlangsung di Brooklyn pada awal pagi Isnin ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *