Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda

 Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda

Datuk Seri Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

memetik laporan Awani, Nazri menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

“Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya semalam.

Tambah beliau lagi, keputusan ini dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan yang mana kepimpinan kerajaan dibarisi pemimpin muda.

“Ini masa yang sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda.

“Jadi ia juga perlu dibuat di peringkat akar umbi.

“Saya mahu pemimpin muda akan mengisi kekosongan saya,” katanya lagi.

Nazri merupakan pemimpin UMNO yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan yang dibuatnya.

Kali terakhir Nazri berada didalam kabinet adalah ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 2013 hingga 2018.

Bagaimapaun, beliau yang berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan daripada 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) tidak disenaraikan didalam kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  3  =