Nampak sangat muslihat sebenar pasal kuasa, bukan nak bantu rakyat

 Nampak sangat muslihat sebenar pasal kuasa, bukan nak bantu rakyat

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR, 26 Jul — Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengecam sikap ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak komited membantu kerajaan secara menyeluruh dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika sidang khas Parlimen berlangsung pagi tadi.

Sebaliknya, Ketua Armada BERSATU itu juga berkata mereka dilihat sering kali mengganggu sidang dewan dengan perkara yang bukan perihal isu COVID-19.

“Kerajaan nak bentang penyelesaian menyeluruh Pelan Pemulihan Negara tetapi pembangkang tak habis-habis mengganggu majlis.

“Nampak sangat muslihat sebenar pasal kuasa, bukan nak bantu rakyat. Now it’s not the time yet! Lepas selesai COVID-19 bergaduhlah balik!

“Kita dah nak depat capai imuniti kelompok melalui Darurat Kesihatan. Ya, kes meningkat naik kerana varian Delta, begitu juga negara jiran yang lain,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tidak sampai sejam bersidang, sidang khas Dewan Rakyat hari ini panas dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkang.

Kekecohan itu bermula apabila wakil rakyat pembangkang meminta penjelasan daripada Azhar Azizan berhubung ketiadaan perbahasan, usul dan undian mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat pada sidang khas berkenaan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *