Najib mohon butiran syarikat ‘ada kaitan dengan 1MDB’

 Najib mohon butiran syarikat ‘ada kaitan dengan 1MDB’

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan kerajaan mendedahkan dokumen-dokumen yang didakwa berkaitan dengan 1MDB.

Usul tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Antara dokumen yang diminta Najib ialah butiran syarikat yang ada hubungan dengan keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz. Dokumen tersebut mula ditimbulkan tahun lalu apabila ahli keluarga Zeti didakwa menerima wang daripada individu buruan pihak berkuasa, Jho Low. Bekas Gabenor Bank Negara itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

-Berita selanjutnya menyusul

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  +    =  66