Najib failkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan, hukuman keputusan SRC

 Najib failkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan, hukuman keputusan SRC

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan yang memohon untuk membatalkan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan, denda dan hukuman penjaranya berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara tersebut telah disahkan oleh salah seorang peguam dari pasukan guaman Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

“Ia telah difailkan. Petang semalam,” katanya.

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Walau bagaimanapun, panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

42  +    =  48