Najib dakwa hakim tidak terima bukti baharu

 Najib dakwa hakim tidak terima bukti baharu

(FILES) This file photo taken on August 19, 2019 shows Malaysia’s former prime minister Najib Razak arriving at the Kuala Lumpur High Court for his trial over 1MDB corruption allegations in Kuala Lumpur. – A Malaysian appeal court on December 8, 2021 upheld former leader Najib Razak’s conviction and 12-year jail term over the multi-billion-dollar 1MDB scandal, which contributed to his government’s downfall in 2018. (Photo by Mohd RASFAN / AFP)

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2022 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa hakim tidak mahu menerima bukti baharu meskipun ia membabitkan beberapa saksi pendakwaan berhubung kes pecah amanah (CBT), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Najib mendakwa, bukti baharu berkenaan antaranya bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet yang mana meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC, menerima dana dari ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, pada tahun 2019.

Datuk Seri Najib Razak

Selain itu, membabitkan seorang bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang menasihat beliau untuk membuka akaun bawah nama sendiri dana, yang mana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan keluarga bekas gabenor itu sudah lama berurusan dan turut menerima dana dari Jho Low, termasuk sumber dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata, beliau dihukum atas dakwaan salah guna kuasa kerana terbabit dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC, pada 2011 walaupun bukan dirinya mengesyor atau mengemukakan kertas kabinet berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bulan lalu satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SPRM memaklumkan bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet berkenaan, menerima sebanyak RM85 juta dari ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, pada tahun 2019.

Katanya, ia untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.

“Hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebooknya, semalam.

Beliau turut menyindir Pakatan Harapan (PH) berkaitan pendedahan itu meskipun membabitkan dana besar yang disorok di luar negara.

Katanya, beliau didakwa dan dihukum mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001, berikutan melanggar akta berkenaan pada 2014 dan 2015, akibat mesyuarat kabinet berkenaan.

“Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 juta dari SRC dimasukkan dalam akaun saya tanpa pengetahuan saya di mana saya tidak pernah meminta atau mengarahkan.

“(Tidak pernah dijelaskan kenapa saya perlu tunggu 4 hingga 5 tahun untuk “mencuri” dana itu),” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau didakwa dan dihukum mengikut AMLA – iaitu pengubahan wang haram apabila dana yang dikatakan haram keluar dan masuk akaunnya, bukan curi dan rompak kerana wang bukannya untuk kegunaan peribadi atau keluarganya.

Malah, beliau menegaskan tidak pernah didakwa mencuri atau merompak dan kesnya tidak sama dengan kes Guan Eng yang didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan – Criminal Misappropriation of property.

“Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?
Perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sedekah.

“Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?,” katanya.

Najib berkata, semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, dengan melampirkan pautan portal berita,
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571 sebagai bukti

Mengulas lanjut mengenai dana RM642 juta, katanya pernah difitnah meggunakan RM60 juta untuk beli-belah di Jakel walaupun ianya untuk tujuan ini:

“Ingin kami jelaskan bahawa urusniaga terbabit adalah berdasarkan pesanan yang kami terima dari mantan Perdana Menteri dan juga dari pejabat mantan Perdana Menteri (PMO) tersebut untuk Jakel membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7,000 masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). Transaksi-transaksi itu berlaku sebelum sebarang isu berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) timbul dalam pengetahuan kami.”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-jakel-mengenai-dakwaan-terima-wang-1mdb-210750,” katanya.

Beliau malah turut mengiyakan program sedekah ke semua masjid-masjid dalam negara selama empat tahun berturut-turut itu, dan bukan curi daripada tabung masjid.

“Tapi point yang paling penting yang Atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) pernah bangkitkan ialah wang didapati masuk ke akaun saya tapi satu sen.

“Orang yang berniat nak curi tidak akan masukkan dana itu ke dalam akaun atas nama sendiri di Malaysia.

“Lebih-lebih lagi ialah perbicaraan mahkamah juga membuktikan ianya seorang bekas gabenor BNM yang nasihat saya untuk buka akaun bawah nama sendiri dana” katanya.

Katanya, ketika akaun dibuka, beliau mengarahkan bekas gabenor itu untuk memantau akaunnya pada 2010 bagi memastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaunnya.

Malangnya, bekas gabenor tidak melakukannya.

“Lagi malang ialah SPRM mengesahkan keluarga bekas gabenor itu telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.

“Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia – seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021.
https://wacana.my/sprm-sahkan-rm65-juta-dana-1mdb-dipegang-suami-zeti/,” katanya.

Bagaimanapun, katanya hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

PH juga sekali lagi dikatakan senyap dengan pendedahan ini walaupun ini membabitkan bekas gabenor yang turut dilantik PH sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (atau lebih dikenali sebagai Majlis orang tua-tua) dan juga pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memegang aset bernilai lebih RM340 bilion.

“Saya pelik kenapa PH tak mahu ambil tahu hal ini,” katanya berkongsi pautan muatnaik akaun Facebook PH Suara Rakyat: https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/2097530243758815

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya bagi memasukkan bukti baharu dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Dis berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

Pada 8 Dis 2021, keputusan rayuan Najib dijalankan secara dalam talian berikutan Najib dan peguamnya menjalani kuarantin. Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata mereka akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

70  −    =  63