• Monday, 21 June 2021, 3:07 am

Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?

 Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?

PETALING JAYA : Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memilih untuk tidak melatah apabila seorang pengguna Twitter meluahkan rasa jelak sering melihat wajahnya di kebanyakan iklan di Malaysia.

Ayda bagaimanapun menjawab secara baik komen yang ditinggalkan oleh pengguna Twitter berkenaan.

“Naik menyampah pula semua iklan Malaysia ini memang kena ada Ayda Jebat ke?,” tulis pengguna Twitter terbabit.

Tidak melenting dengan komen itu, Ayda bagaimanapun menganggap segala nikmat yang diperoleh adalah rezeki yang Tuhan anugerahkan.

“Rezeki saya, rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih daripada saya. Awak je tak nampak. Relaks, kalau tak suka langkau je tau. Awak menyampah tapi orang lain dan klien (pelanggan) suka. Jangan toksik sangat,” tulisnya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik itu, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan Ayda dan meminta penyanyi dan pelakon itu mengabaikan komen daripada ‘haters’ terbabit.

Dalam pada itu, Ayda yang kini berbadan dua dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada Oktober depan.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *