• Friday, 18 June 2021, 1:35 am

#WAAW: Nabila Huda nasihat Ben Amir jangan cari bini sama industri ?

 #WAAW: Nabila Huda nasihat Ben Amir jangan cari bini sama industri ?

PETALING JAYA : Pelakon, Nabila Huda menasihatkan rakan artis, Ben Amir untuk tidak mencari pasangan daripada industri yang sama kerana kekangan masa.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata, dia turut menyarankan kepada Ben untuk memilih calon isteri yang boleh memasak kerana itu adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan.

“Saya sudah berpesan kepada Ben, hendak berkahwin carilah wanita yang boleh memasak sama seperti ibu kamu kerana itu antara kriteria yang penting.

“Sebulan dua bolehlah jika hendak membeli makanan segera, selepas itu pasti ada masalah. Malah, saya juga tidak menggalakkan rakan artis untuk berkahwin sesama rakan industri.

“Bukan apa, nanti kedua-dua sibuk sehingga tiada masa untuk satu sama lain. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan artis untuk mencari pasangan yang bukan sama industri,” kata Abil.

Abil dan Ben berkongsi secara ringkas mengenai pasangan hidup ketika sesi sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama Diva Popular terbitan Rumah Karya Citra untuk tayangan di Awesome TV.

Selain Abil dan Ben, drama Diva Popular masih mengekalkan Ogy dan Erma sebagai teraju utama bersama barisan pelakon hebat antaranya Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle dan ramai lagi untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *