MyUBAT bermasalah, susahkan pesakit kronik

 MyUBAT bermasalah, susahkan pesakit kronik

Oleh Tun Puteh Wanti

Sistem Pengurusan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu yang dibangunkan untuk memudahkan pesakit mengambil ubat melalui temujanji atau pos, tiba-tiba terpalit isu dek luahan pengguna Facebook yang tular di media sosial.

Syafarizal Sharif menerusi Facebook miliknya mendakwa ahli farmasi Hospital Kuala Lumpur bersikap biadap terhadapnya apabila mengatakan, “Not my problem” ketika beliau meminta ubatnya di hantar ke rumah melalui MyUbat seperti sebelum ini.

Kaunter farmasi sebuah hospital-sumber FB Syafarizal Sharif

Ahli farmasi itu pula memaklumkan Syafarizal tidak boleh menggunakan MyUbat dan perlu datang ke HKL untuk ambil ubat setiap dua minggu sehingga bulan Jun.

Ahli farmasi itu mengatakan “not my problem” ketika mendengar masalah Syafarizal yang memaklumkan diri sakit kronik dan boleh memudaratkan jika terlepas ubat.

Tangkap layar FB Syafarizal Sharif

Berikut petikan perbualan yang ditularkan menerusi laman sosial beliau.

Saya: Eh.. minggu lepas saya appointment di PC Clinic dan ENT, semua penghantaran ubat diuruskan melalui MyUbat.

Pharmacist 1: Sekarang tak boleh guna MyUbat lagi.

Saya: KKM kan baru launch MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takan dah tak ada.

Takan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap 2 minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD. Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada Allergic Anaphylaxis Type 1 dan senang kena Anaphylactic Shock jika bekalan ubat putus.

Pharmacist 1: NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat gi lah kat hospital lain pulak.)

Syafarizal mendakwa setibanya di rumah, HKL menghubunginya merayu untuk selesaikan isu berkenaan kerana bimbang akan dibawa ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Syafarizal mengulangi ayat ahli farmasi itu, “Not my problem, apa-apa anda boleh cerita dengan KKM

Berikut adalah petikan perbualan antara pihak farmasi dan Syafarizal yang ditularkan menerusi platform beliau

Pharmacist 2: Encik kalau boleh saya nak settle masalah encik.

Saya: Kenapa nak settle ?

Pharmacist 2: Kami nak settle perkara ini. Kami tak mau ia sampai ke KKM

Saya: NOT MY PROBLEM. Anything you cerita dengan KKM.

Pharmacist 2: Encik boleh datang balik sini nanti kami isi detail di MyUbat, nanti kami akan pos ubat kat Encik.

Saya: Tadi kata MyUbat tak ada lagi apasal kata ada pulak. Sorry lah anything you talk to KKM, NOT MY PROBLEM anymore.

Pharmacist 2: Perkara ni boleh discuss. Kami boleh settle. Tak perlu repot ke KKM.

Saya: NOT MY PROBLEM also. Anything you cerita kat KKM. Dah berapa ramai pesakit you buat macam ni, dah berapa ramai pesakit mati kerana you potong ubat yg Doctor beri pada mereka ? Kalau saya kena Anaphylactic Shock nanti sebab tiada ubat nanti you tahulah tindakan undang-undang kat you !

Sementara itu, rata-rata netizen menyokong cara Syafarizal mendedahkan sikap kurang ajar ahli farmasi itu kerana mungkin ramai yang bernasib sepertinya.

Komen netizen

Bagaimanapun, pendapat penulis punca kekecohan ini bermula daripada masalah sistem MyUBAT yang ibarat projek gajah putih sama seperti sistem hasilkan passport sejam sistem KiPPas iaitu yang akhirnya tersadai merugikan duit rakyat.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5  +  4  =