Musa Hassan calon terbaik ketuai siasatan SPRM – PPIM

 Musa Hassan calon terbaik ketuai siasatan SPRM – PPIM

KUALA LUMPUR, 15 Jan 2022 – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah calon terbaik untuk mengetuai jawatankuasa khas bagi menyiasat isu dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mantan IGP itu telah membuktikan taat setianya kepada bangsa dan negara serta telah sanggup menggadaikan nyawa selamatkan negara.

“Beliau memiliki pengetahuan mendalam mengenai identiti dan operasi 9 Dragon yang pernah beliau sebut sebagai mencaturkan perlantikan pegawai kerajaan dan pihak untuk menjaga kepentingan mereka.

“Dia tahu siapa musuh yang sedang memporak-perandakan negara, dia tahu siapa musuh menyusup ke dalam kerajaan khususnya projek G7, dia kenal siapakah aset negara dan siapakah musuh yang sedang berusaha menghapuskan aset negara.

“Negara sedang berada dalam keadaan kritikal. Kerajaan sedang diberikan berbagai nasihat yang salah oleh musuh yang telah berjaya menyerap dalam projek G7 sejak tahun 2000 lagi.

“Amatlah diharapkan agar Majlis Raja-raja dan DYMM Yang di-Pertuan Agong prihatin dan berkenan melantik mereka yang telah dan sedang menunjukkan ketaatsetiaan menjaga agama bangsa dan negara. Ampun Tuanku,” katanya kepada Wacana.my

Sebagai rekod, Musa mencadangkan Polis Diraja Malaysia mewujudkan semula Jabatan Anti-Keganasan bagi menangani isu keganasan yang kini menyusup masuk dalam politik dan lain-lain bidang, dibimbangi sedang menimbulkan perpecahan rakyat dan negara.

Musa sebelum ini mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 10 anggota militan Jemaah Islamiah (JI) yang cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan.

“Musa bukanlah orang yang berkomplot melepaskan kumpulan pengganas LTTE malah orang berusaha bersungguh-sungguh memastikan negara bebas pengganas.

“Berilah penghormatan kepada Musa Hassan untuk menjalankan tugas menjaga negara hingga ke akhir hayat.

“Malah disenangi media, tidak halang media hendak tulis apa-apa kerana ketelusannya dan menegur kerajaan lama untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi tidak diendahkan dan akhirnya apa yang ditegurnya sudah berlaku,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  7