Murray temui semula cincin kahwin, kasut berbau

 Murray temui semula cincin kahwin, kasut berbau

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pemain tenis handalan UK, Andy Murray mengakui hidupnya dengan isteri, Kim Sears kembali ceria selepas cincin perkahwinan dan kasut busuknya yang dicuri dipulangkan semula kepadanya.

Pemenang tiga kali kali Grand Slam berusia 34 tahun itu kini berada di California, Amerika Syarikat selaku pemain wildcard beraksi pada kejohanan Indian Wells.

Bagaimanapun masalah timbul apabila ke sana selepas cincin perkahwinannya diikat pada kasut sukan ‘berbaunya’ dicuri berikutan idea kurang bijaknya meninggalkan kasut itu di bawah keretanya semalaman di rumahnya di UK.

Murray menganggap idea itu kurang bijak hingga menyebabkannya dicuri dan hanya ditemui semula selepas peminatnya membantu mencarinya di media sosial.

Apa lagi, Murray berasa begitu gembira dengan cincin dan kasut sukannya ditemui semula itu.

Murray menayangkan foto dia memegang cincin perkahwinan sambil membau kasutnya kepada 1.7million pengikutnya di Instagram.

Sebagai menyatakan rasa gembiranya, dia turut menulis lima hashtag positif: #ring, #shoes, #stench, #goodbooks and #idiot.

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  4