MUIP sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir kepala air Gunung Jerai

 MUIP sumbang RM50,000 bantu mangsa banjir kepala air Gunung Jerai

Asmadi (tengah) pada misi bantuan kepada mangsa banjir tragedi kepala air Gunung Jerai.

KUANTAN, 31 Ogos – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada mangsa banjir berikutan tragedi kejadian kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah, minggu lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, misi bantuan kemanusian itu disampaikan kepada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah sebelum diagihkan kepada mereka yang layak.

Menurutnya, bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban mangsa terutama apabila dalam sekelip mata banyak harta benda mereka musnah ditengelami banjir hingga menyebabkan kerugian.

Katanya, difahamkan rata-rata mangsa masih lagi dalam keadaan tidak percaya kejadian yang menimpa mereka, dalam sekelip mata banjir berlaku akibat kepala air Gunung Jerai yang melanda.

“Walaupun sudah lebih seminggu kejadian banjir berlaku namun kesan kerosakan dan lumpur masih lagi kelihatan, kehadiran sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dapat membantu meringankan beban mangsa.

“Kita simpati dengan apa yang berlaku, selain bantuan kewangan kita turut berdoa semoga semua mangsa diberi kekuatan semangat dan keimanan menghadapi ujian, Yang Maha Esa,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19  −  15  =