MUIP sumbang peralatan perubatan RM97,000

 MUIP sumbang peralatan perubatan RM97,000

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak di Hospital Pekan

Oleh Mohd Fikri Mie

PEKAN, 4 April – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang dua unit alat pemeriksaan dan rawatan kesihatan bernilai lebih RM97,000 kepada Hospital Pekan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, sumbangan untuk kemudahan merawat pesakit yang menjalani rawatan.

Katanya, setiap tahun MUIP menyediakan bantuan kepada hospital dan klinik kesihatan di negeri ini membabitkan beberapa jenis peralatan yang diperlukan selepas pihak terbabit mengemukakan kertas cadangan permohonan peralatan diperlukan.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab MUIP membantu hospital dan klinik kesihatan di negeri yang memerlukan kelengkapan peralatan selain bagi menambah kemudahan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain menyampaikan
sumbangan wang tunai kepada pesakit di Hospital Pekan.

“Setiap tahun MUIP turut mengadakan program ziarah ke beberapa hospital utama di negeri ini bagi menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang sedang dirawat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Perihatin dan bantuan dua unit alat pemeriksaan dan rawatan kesihatan bernilai RMRM97,000 kepada Hospital Pekan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Pada program berkenaan, MUIP turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM100 kepada setiap pesakit menerusi peruntukan RM8,800 yang disediakan

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

49  −    =  48