• Friday, 18 June 2021, 1:08 am

MUIP sedia bantuan prihatin zakat bantu rakyat hadapi PKP 3.0

 MUIP sedia bantuan prihatin zakat bantu rakyat hadapi PKP 3.0

KUANTAN, 10 Jun – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) menjangkakan lebih 5,000 individu akan menerima skim Bantuan Prihatin Zakat (BPZ) dibayar secara one-off kepada mereka yang layak.

Skim kali pertama diperkenalkan itu bagi meringankan beban golongan yang terkesan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.Bantuan RM200 hingga RM300 disediakan pada mereka yang layak.

Ketua Unit Pembiayaan Zakat MUIP, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut berkata skim bantuan kali pertama diperkenalkan MUIP ini bertujuan membantu meringankan beban mereka yang terkesan selepas terputus pendapatan bulanan.

Menurutnya, antara individu yang menerima bantuan berkenaan ialah duda, ibu tunggal, mereka yang sudah berumahtangga, golongan bujang dan individu yang terputus pendapatan bulanan kerana tidak dapat bekerja serta ditamatkan perkhidmatan.

Katanya, setiap individu layak akan menerima antara RM200 hingga RM300, jumlah bantuan pada duda dan ibu tunggal bergantung sama ada mereka
mempunyai tanggungan atau sebaliknya.

“Skim bantuan yang kali pertama diperkenalkan ini bukti betapa prihatin MUIP pada golongan yang terkesan selepas pelaksanaan PKP 3.0, mereka memerlukan bantuan secara one-off. 

“Sebagai contoh tukang rumah yang tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka, tanpa pendapatan sukar untuk mereka meneruskan kehidupan bersama keluarga,” katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, turut terkesan dengan PKP 3.0 kali ini ialah mereka yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan tidak dapat bekerja termasuk diberhentikan kerja.

Mohd Nasrul Hakim berkata, antara syarat untuk memohon skim BPZ ialah beragama Islam, warga negara Malaysia, berumur 21 tahun keatas, pemastautin, bukan penjawat awam dan tiada pendapatan tetap.

“Sehingga semalam sebanyak
2,224 permohonanan telah diterima dan jumlahnya dijangka akan terus bertambah sebelum tarikh tutup.

“Permohonan skim BPZ dibuka selama dua minggu yang akan berakhir 14 Jun ini, urusan permohonan sepenuhnya secara dalam talian dengan melayari easnaf.muip.gov.my atau talian 011 3016 3882 (WhatsApp),” katanya.

Mohd Fikri Mie

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *