MUIP bantu anak yatim ke sekolah

 MUIP bantu anak yatim ke sekolah

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman mencuba pakaian seragam anak yatim.

PEKAN, 16 Disember 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang wang saku sebanyak RM4,700 kepada 95 anak yatim di daerah ini sebagai persiapan persekolahan tahun hadapan.


Mereka juga menerima pakaian seragam sekolah yang disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Infaqniah yang turut dibantu Skuad Ukhwah Pekan.


Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, setiap tahun pihaknya menyediakan pelbagai bantuan kepada anak yatim di daerah ini sebagai usaha meringankan beban keluarga mereka.


Katanya, kerjasama MUIP cawangan Pekan dengan dua NGO sentiasa dilakukan dalam memastikan nasib golongan memerlukan mendapat pembelaan sewajarnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak yatim.


Menurutnya, setiap kali akhir tahun bantuan persekolahan untuk anak yatim diberi keutamaan, mereka yang berdaftar akan dibantu oleh MUIP termasuk NGO.


“Kita ingin memastikan anak yatim yang bersekolah mendapat bantuan persekolahan dalam memastikan mereka tidak berhadapan masalah apabila sesi persekolahan bermula.

Sebahagian 95 anak yatim memilih pakaian seragam sekolah.


“Mereka perlu ke sekolah dalam keadaan selesa seterusnya dapat memberi sepenuh tumpuan dalam pelajaran,” katanya pada Program Bantuan Persekolahan Anak Yatim Daerah Pekan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.


Hadir sama Pengerusi Infaqniah, Fazilah Wahab. Beliau berkata, selain bantuan persekolahan pihaknya juga akan mengadakan program berkhatan pada Sabtu ini membabitkan anak asnaf mualaf lebih 50 orang.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  3  =  1