Muhyiddin umum Pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion; moratorium 6 bulan tanpa syarat

 Muhyiddin umum Pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion; moratorium 6 bulan tanpa syarat

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion, bagi memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat ketika Malaysia masih berperang melawan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion,” kata Muhyiddin. “Setakat ini, sebanyak lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

“Belanjawan 2021 pula bernilai 322.5 bilion ringgit dan masih berbaki 100 bilion ringgit untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun ini,” kata beliau.

Disamping itu, Muhyiddin juga berkata persetujuan dengan pihak bank telah dicapai untuk memberikan peminjam moratorium moratorium enam bulan tanpa syarat akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro.

Antara intipati pengumuman hari ini:

  • Bantuan Tunai langsung kepada rakyat, berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini
  • Bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun, manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September depan
  • Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion, memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang
  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember
  • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November
  • Isi rumah B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember
  • Bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 akan menerima bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos
  • Elaun Mencari Pekerjaan diperluaskan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal
  • RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan
  • RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli
  • RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas
  • Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp, laksana inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur
  • Harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG dikekalkan, yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini
  • Sokongan psikososial diperluaskan melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial 
  • Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil dilaksanakan bagi menangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg
  • Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini
  • Pelanjutan tiga bulan diskaun bil elektrik 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021 bagi sektor ekonomi terjejas
  • Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan
  • 8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja
  • Peruntukan RM18 juta untuk bank tempatan sediakan 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar
  • Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0
  • PenjanaKerjaya dilanjut dengan penambahbaikan dan dijenama sebagai PenjanaKerjaya 3.0
  • RM170 juta telah disalurkan melalui PenjanaKerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja
  • RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan
  • Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan
  • Bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar
  • Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) dibangunkan sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS
  • Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU
  • Bantuan Khas Taska RM3,000 kepada pengusaha taska seliaan KPWKM serta tadika swasta di bawah KPM
  • Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan
  • RM20 juta bagi Program JITU, dijangka manfaat lebih 40,000 individu
  • Bantuan ‘one-off’ RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau ‘kick start’ apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN
  • BNM bersetuju menambah RM2 bilion lagi untuk akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS
  • Bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan ditangguh sehingga enam bulan
  • Pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat ditangguh; cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel dikecualikan sehingga akhir tahun ini
  • Pinjaman Pelajaran Mara ditangguhkan bagi tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan
  • Moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam PTPTN
  • KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, membolehkan ahlinya buat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan
  • Ansuran cukai bulanan,pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan ditangguh untuk pengendali hotel hinggga akhir tahun
  • Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan selama tiga bulan
  • Kerajaan kekal kadar pemberian vaksin secara purata melebihi 200 ribu sehari dalam tempoh tujuh hari lalu
  • RM400 juta diperuntukkan bagi tambah bekalan vaksin negara untuk percepat pelaksanaan PICK
  • Bayaran sagu hati RM50-RM100 kepada sukarelawan diperluas kepada petugas di lapangan selain PPV, seperti di pusat kuarantin
  • PPV diminta beroperasi tujuh hari seminggu bagi mempercepat pemberian vaksin kepada rakyat
  • Nilai keseluruhan inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dianggarkan RM400 juta, akan manfaatkan 1.6 juta rakyat
  • Kerajaan sedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

87  −  84  =