Muhyiddin santuni peniaga kecil di Medan Niaga Satok

 Muhyiddin santuni peniaga kecil di Medan Niaga Satok

Tan Sri Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee melawat gerai pada Program Prihatin dan Penjana di Medan Niaga Satok, hari ini

KUCHING, 2 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau operasi peniaga kecil di Medan Niaga Satok, antara kompleks perniagaan terbesar untuk usahawan kecil di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin dan isteri ketika melawat kedai gunting rambut

Lawatan Perdana Menteri selama kira-kira 45 minit bagi menyantuni para peniaga di pusat perniagaan itu, turut diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri Persekutuan dan negeri.

Semasa lawatan itu, Muhyiddin turut menyempurnakan penyampaian bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada peniaga di medan niaga berkenaan.

Medan Niaga Satok dirasmikan oleh Muhyiddin pada 28 Jan 2013 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan merupakan projek usaha sama antara kerajaan Sarawak dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

Medan perniagaan itu, merangkumi ruang niaga berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan pasar borong.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −  85  =