Muhyiddin jadi speaker Persidangan Antarabangsa Ke-26 Mengenai Masa Depan Asia, 20-21 Mei

 Muhyiddin jadi speaker Persidangan Antarabangsa Ke-26 Mengenai Masa Depan Asia, 20-21 Mei

Oleh Mohd Kamal Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyertai Persidangan Antarabangsa Ke-26 Mengenai Masa Depan Asia bersama barisan beberapa pemimpin negara Asia-Pasifik lain pada 20 dan 21 Mei ini.

Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada persidangan itu yang turut dikenali sebagai Persidangan Nikkei, yang dianjurkan oleh Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995.

Tajuk persidangan – Membentuk Era Pasca-COVID: Peranan Asia Dalam Pemulihan Global, dan akan dibawa secara ‘live-stream’ dari Tokyo.

Persidangan tahunan itu menghimpunkan barisan ketua-ketua kerajaan serta ahli akademia, pemimpin perniagaan dan polisi dari rantau Asia-Pasifik. Mereka akan berbincang serta memberikan pendapat secara terus terang dan bebas mengenai isu-isu serantau, masa depan serta peranan Asia di dunia. Ia disifatkan sebagai antara persidangan global yang paling penting di Asia.

Turut menyampaikan ucapan pada persidangan itu ialah Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, kata Nikkei Inc dalam satu kemas kini mengenai persidangan itu pada 7 Mei lalu.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat, dan Menteri Hubungan Luar India, Subrahmanyam Jaishankar serta Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa juga dijadualkan turut serta.

Pandemik COVID-19 yang mendasari fokus perbincangan kali dilihat sangat signifikan kerana ia telah mengubah landskap sosioekonomi, sosiobudaya serta sosiopolitik Asia mahupun global.

Ini kerana di tengah-tengah ketidaktentuan dan kegelisahan global mengenai penyebaran virus ini, isu populisme dan authoritarianisme semakin memuncak sehingga ada kalangan yang bimbang demokrasi semakin surut.

Justeru, apakah dalam persidangan itu kelak, pemimpin Asia mampu membuka jalan bagi era pasca-COVID sambil mengekalkan prinsip keamanan dan kestabilan serta kepelbagaian?

Apakah melalui persidangan ini kelak, mereka akan dapat bekerjasama dalam isu-isu antarabangsa termasuk menangani pandemik masa depan?

Semoga menerusi Persidangan Antarabangsa ke-26 Masa Depan Asia ini, para peserta akan membincangkan bagaimana Asia dapat mengharungi era baharu dalam tempoh yang tidak menentu ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

50  −    =  40