Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Muhyiddin hadir pembentangan Belanjawan Johor 2022

Muhyiddin (kiri) dan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad sebelum membentangkan Belanjawan Johor 2022, hari ini
ISKANDAR PUTERI- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri pembentangan Belanjawan Johor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir tiba jam 9.15 pagi.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) duduk di barisan sama dengan dua bekas Menteri Besar, iaitu Datuk Osman Sapian (BERSATU-Kempas) dan Datuk Dr. Sahruddin Jamal (BERSATU-Bukit Kepong).
Beliau pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986 hingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang dan juga Ahli Parlimen Pagoh.
Walau bagaimanapun, Osman tidak hadir pada persidangan untuk pembentangan Belanjawan Johor 2022 hari ini berikutan masih berehat selepas diserang angin ahmar pada 13 Oktober lalu.
Dilaporkan Osman sudah menyerahkan surat ketidakhadiranya ke persidangan DUN Johor yang bermula hari ini hingga 28 November ini.
Difahamkan bekas Menteri Besar Johor itu kini sedang menjalani fisioterapi pemulihan.