Muhyiddin gelar Shahril Samad bodoh, tidak berakal akibat cabar jatuhkan kerajaan Johor

 Muhyiddin gelar Shahril Samad bodoh, tidak berakal akibat cabar jatuhkan kerajaan Johor

Tan Sri Muhyiddin Yassin

BEMBAN, 12 Nov — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan ahli politik veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad mencabar beliau menarik sokongan di negeri Johor sebagai berniat jahat dan bodoh.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional itu, Shahrir mahu kerajaan negeri Johor dijatuhkan seperti yang berlaku di Melaka.

“Saya kenal Shahrir Samad. Dia hendak apa yang berlaku di Melaka (PRN) berlaku di Johor.

“Ini pemimpin Umno, Apa pemikiran dia?

“Saya memikirkan nasib rakyat yang terutama, Shahrir tak fikir.

“Dia nak mencabar saya, saya boleh buat, sekarang saya boleh tekan butang… semua jatuh.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko COVID-19 akibat PRN.

“Saya tak takut untuk buat begitu, cuma saya fikir yang penting rakyat di negeri Johor jangan berhadapan masalah sebesar yang berlaku di negeri Melaka.

“Kalau saya nak membalas dendam, saya jatuhkan Umno tak sokong.

“Tengok apa yang Umno buat di Melaka.

“Jahat, kerajaan sudah ada, dia (Umno) sendiri tumbangkan kerajaan dia.

“Jadi kalau saya buat di Johor, macam Shahrir bodoh tu,

“Dia suruh Bersatu tarik (sokongan) supaya kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Hasni akan jatuh.

“Bijak ke bodoh?,” soal Muhyiddin terhadap cabaran tidak berakal dari Shahrir.

Malah Muhyiddin turut berpendapat sepatutnya orang Johor memarahi Shahrir Samad kerana membuat satu kenyataan politik yang tidak munasabah.

“Kamu perlu munasabah, Bila masa sukar, ianya tentang kehidupan dan kepentingan rakyat.

“Bukan tentang parti, kuasa… Shahrir telah kehilangan keupayaan, sudah tidak masuk akal.

“Dia hanya fikir pasal kuasa tapi dia kalah dalam PRU lepas.

Takkan saya nak biar apa yang berlaku di negeri Melaka berlaku di negeri saya.

“Saya rasa sangat tidak munasabah buat satu kenyataan politik yang amat tidak bertanggungjawab.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Shahrir pada Khamis, yang mencabar BERSATU menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, dalam satu sidang media bersama Dr Yadzil Yaakub, calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 Nov ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  5