• Sunday, 20 June 2021, 2:12 pm

Mufti Perak meninggal dunia hari ini – Timbalan Mufti

 Mufti Perak meninggal dunia hari ini – Timbalan Mufti

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.

Timbalan Mufti Negeri Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang tadi.

Seluruh warga Wacana.my mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, sekali gus rakyat dan negara kehilangan seorang tokoh agamawan berwibawa.

Sebelum ini, Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Harussani dilantik sebagai Mufti Negeri Perak pada 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Allahyarham juga kerap memberikan pendapat yang bernas dalam pelbagai isu dan polemik membabitkan agama serta masyarakat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan innayah ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *