MP Kuala Pilah agih bakul makanan bantu ringan beban rakyat terjejas COVID-19

 MP Kuala Pilah agih bakul makanan bantu ringan beban rakyat terjejas COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Jul — Penduduk-penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 lega apabila mendapat bantuan bakul makanan bagi meringankan beban dalam menampung keperluan keluarga.

Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith berkata agihan bakul makanan itu adalah kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Pilah, Jawatankuasa Masjid Qaryah Sungai Jelutong, dan Penyelaras BERSATU DUN Juasseh, Rosli Omar.

“Hari ini saya bersama dengan pengerusi-pengerusi Masjid Mukim Ulu Jempol untuk mengagihkan bakul makanan PEMULIH.

“Pengerusi masjid bertanggungjawab untuk mengagihkan kepada penerima di kariah masing-masing.

“Semoga bakul makanan PEMULIH ini memberi manfaat kepada penerima,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Eddin Syazlee berkata, penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah untuk mengambil bakul makanan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *