MP Kuala Langat tinggalkan PKR, sokong PM

 MP Kuala Langat tinggalkan PKR, sokong PM
Dari FB Dr Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ahli parlimen Kuala Langat YB Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan keputusan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden serta melepaskan keahlian di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Xavier menyatakan pendirian beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas yang menyokong blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi surat kepada speaker Dewan Rakyat bertarikh 12 Mac.

Di dalam pengumuman menerusi kenyataan media di akaun Facebook rasmi beliau, Xavier melahirkan kekecewaan beliau terhadap keadaan politik semasa.

Beliau juga menekankan betapa pentingnya pada masa ini untuk semua pihak bekerjasama dan memberi sokongan penuh kepada usaha kerajaan membenteras COVID-19 selain usaha membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi akibat wabak ini.

Dr Xavier telah bersama Keadilan semenjak tahun 1998.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  +    =  99