Motorsikal Bertembung, Dua Remaja Orang Asli Maut

 Motorsikal Bertembung, Dua Remaja Orang Asli Maut

Dua remaja Orang Asli maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 31.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang.

KOTA TINGGI – Dua remaja lelaki berketurunan Orang Asli maut apabila motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 31.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kampung Pasir Intan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 13 dan 15 tahun mengalami kecederaan parah di kepala.

Remaja berumur 13 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa yang menunggang Demak 110 meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal Honda EX5 dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal jenis Demak 110.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur 13 tahun berketurunan Orang Asli menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke Kluang.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, iaitu kawasan jalan lurus dan gelap, mangsa telah berlanggar dengan sebuah lagi motosikal dinaiki remaja berusia 15 tahun yang juga keturunan Orang Asli dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu penunggang motosikal Honda EX5 mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan kaki telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hussin berkata, mangsa kedua yang turut mengalami cedera parah pada bahagian kepala telah dibawa ke hospital oleh ambulans sebelum disahkan meninggal dunia semasa dirawat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar kejadian masih dalam siasata

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =