• Sunday, 20 June 2021, 12:21 pm

MOSTI, KKM, MAB mudahkan OKU penglihatan daftar vaksinasi

 MOSTI, KKM, MAB mudahkan OKU penglihatan daftar vaksinasi

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) diminta mendaftarkan mereka untuk mendapatkan kemudahan pemberian suntikan vaksin COVID-19.

Ketika ini, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi memberikan kemudahan pemilihan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khusus untuk OKU Penglihatan.

Menurut laman rasmi Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pusat ini akan menyediakan perkhidmatan untuk golongan OKU Penglihatan di Lembah Klang.

Pendaftaran kini dibuka sehingga jam 3.30 petang pada 31 Mei ini.

Justeru, bagi mereka yang kenal atau mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah penglihatan boleh membantu mereka mengisikan borang pendaftaran dalam talian menerusi di pautan ini: https://forms.gle/q2rP3WDC3MJqn9Re9

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *