MOSTI fokus hasilkan vaksin pertama negara

 MOSTI fokus hasilkan vaksin pertama negara

Dr. Adham (dua kiri) menyerahkan pelitup muka kepada penduduk Taman Kota Jaya di Balairaya Taman Kota Jaya, hari ini.

KOTA TINGGI, 28 Ogos — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik saranan  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tumpuan utama bagi penghasilan vaksin pertama negara pada ketika ini memang amat penting.

Ahli Parlimen Tenggara itu yakin negara mempunyai tenaga pakar serta saintis yang berupaya untuk menggembleng tenaga bagi menghasilkan inovasi dalam penghasilan vaksin.

“Teknogi yang perlu dipelopori tentu sekali maju dan terkehadapan untuk menyelamatkan kita daripada wabak-wabak selanjutnya kerana kita tidak tahu apa wabak yang akan datang.

“Jadi, fokus kita bangunkan vaksin untuk cegah COVID-19 dalam negara dan itu perkara pertama akan dibincangkan pada Isnin ini. Untuk itu, saya bersama pasukan di MOSTI pada Isnin ini akan melawat kilang fill and finish (aktiviti perkilangan isi dan selesai) vaksin CanSino.

“Usaha ini salah satu tanda awal bahawa kita boleh hasilkan vaksin dengan mewujudkan kilang-kilang ‘fill and finish’ dengan peringkat akhir kita perlukan pembotolan vaksin,” katanya selepas hadir program penyerahan pelitup muka kepada penduduk Taman Kota Jaya di Balairaya Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Dr. Adham dijangka akan mengangkat sumpah pada Isnin ini.

Dengan adanya kilang tersebut, negara telah mempunyai teknologi yang perlu dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara daripada segi keberkesanan keselamatan dan kualiti yang perlu dipatuhi dalam usaha hasilkan vaksin.

“Kita akan buat ‘bilateral arrangement’ dengan negara-negara lain yang telah berjaya hasilkan vaksin-vaksin sebelum ini di bawah MOSTI.

“Bilateral tersebut melibatkan banyak negara hasilkan vaksin seperti China, India dan Thailand juga cuba hasilkan vaksin,” ujarnya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =