Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Mohon tidak lanjutkan Darurat – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk tidak melanjutkan tempoh darurat.
Bercakap kepada media di perkarangan Istana Negara, hari ini, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perlanjutan tempoh darurat hanya akan melambatkan pemulihan ekonomi negara yang semakin tenat sejak negara dilanda wabak COVID-19.
“Kami merayu kepada Tuanku agar darurat yang berpanjangan dapat ditamatkan dan mengelakkan tempoh darurat dilanjutkan,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada media selepas sejam mengadap Seri Paduka Baginda disini, hari ini.
Beliau turut menolak membangkitkan isu pembentukan kerajaan baharu ketika menghadap Seri Paduka Baginda.
Anwar dilihat tiba di Istana Negara jam 10.30 pagi tadi dan meninggalkan perkarangan istana sejam kemudian.