Mohon SPP khas untuk aktiviti penggambaran di kawasan PKP – FINAS

 Mohon SPP khas untuk aktiviti penggambaran di kawasan PKP – FINAS

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Penggiat seni perlu memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) jika mahu menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam kenyataan semalam turut memaklumkan aktiviti penggambaran juga tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Permohonan SPP Khas boleh dibuat mulai hari ini (6 Mei) hingga 17 Mei melalui laman sesawang Finas di www.finas.gov.my,” menurut kenyataan tersebut.

Ini berikutan pengumuman kerajaan melaksanakan PKP di seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah dan mukim di Selangor, Johor, Perak dan Terengganu.

Bagi kawasan yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) boleh meneruskan aktiviti penggambaran dengan syarat perlu mematuhi SOP penggambaran yang ditetapkan MKN,” menurut Finas.

Menurut kenyataan itu, butiran lanjut berkenaan mengenai daerah dan kawasan yang dikuatkuasakan PKP boleh didapati menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan SPP Khas boleh menghubungi pegawai Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas Mohd Mikail Amran di talian 03-4104 1458 dan Mohd Hasbullah Mohd Amir di talian 03-4104 1360.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  −    =  80