Mohd Redzuan sampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang

 Mohd Redzuan sampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof hari ni menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Program dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam dan sukarelawan pertahanan awam itu menyampaikan bantuan kepada lebih 90 keluarga.

Mereka yang terkesan melibatkan penduduk di sekitar Sg Burong dan Teluk Kumbar.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan ahli parlimen perlu lebih peka terhadap masyarakat kampung dan luar bandar khususnya dalam keadaan bencana.

Antara bantuan yang disampaikan ialah  100 unit tilam, bantal dan sumbangan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir.

Sementara itu ketika diminta mengulas harapannya untuk kabinet baharu, Mohd Redzuan berkata, beliau berharap kabinet baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri,  dapat melestarikan wawasan kemakmuran bersama (WKB 2030) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

” Saya yakin WKB 2030 akan dapat merapatkan jurang pendapatan T20, M40 dan B40,” katanya.

Ditanya siapakah yang layak mengisi kekosongan didalam barisan kabinet yang baharu, Mohd Redzuan berkata beliau memberi kepercayaan dan keyakinan atas kebijaksanaan PM untuk mmbentuk kabinet yang mampu bekerjasama dengan baik di dalam mentadbir Malaysia.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  75  =  85