Mohd Rafiq hormati keputusan parti atas lantikan Mas Ermieyati

 Mohd Rafiq hormati keputusan parti atas lantikan Mas Ermieyati

Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

TELOK MAS 19 Nov – Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menghormati keputusan parti melantik Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka dan menolak spekulasi dirinya membantah keputusan itu.

Beliau yang juga calon PN di Telok Mas berkata, apa jua keputusan diputuskan pucuk pimpinan parti diterima dengan hati terbuka.

Katanya, perkara yang menjadi keutamaan buat masa ini adalah gerak kerja parti untuk bekerja keras pada saat terakhir berkempen sebelum hari pembuangan undi esok.

“”Sebagai orang parti dan juga pemimpin parti semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat kempimpinan politik Bersatu dan juga Majlis Tertinggi PN.

“Saya sebagai Pengerusi PN memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan tersebut.

“Dan saya minta dan mohon semua jentera PN seluruh Negeri Melaka bekerja keras bagi kemenangan calon-calon PN di semua kerusi yang ditandingi,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq menolak desas-desus yang mengaitkan alasan beliau tidak dicalonkan sebagai Ketua Menteri Melaka adalah disebabkan oleh penolakan parti Bersatu terhadapnya.

“Saya fikir itu hanya spekulasi sahaja, saya konsisten sejak semalam selepas dipanggil atau mendapat tahu keputusan dibuat oleh pucuk kempimpinan.

“Sebaik sahaja mendapat tahu saya meneruskan kempen-kempen saya di N.23 Telok Mas, fokus saya sebagai calon di sini tidak hilang bahkan jadual saya terus padat sehingga jam 12 malam ini,” katanya.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

37  −  31  =