Mohammadin Ketapi sertai Bersatu, perkukuh Bersatu Sabah – Hamzah

 Mohammadin Ketapi sertai Bersatu, perkukuh Bersatu Sabah – Hamzah

Datuk Mohammadin Ketapi, Ahli Parlimen Lahad Datu dan ADUN segama

PETALING JAYA, 26 Nov — Bersatu menerima Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi sebagai ahli partinya. Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas MPT BERSATU pada Khamis.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ianya bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.

Malah Hamzah berkata, dengan penyertaan Mohammadin yang juga ADUN Segama, akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili.

Terdahulu pada 30 Oktober, Mohammadin mengumumkan keluar WARISAN untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN Bebas.

Dalam pada itu Hamzah berkata, Bersatu akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) BERSATU ke-5 yang akan diadakan pada 18 dan 19 Disember 2021 di PICC, Putrajaya yang bakal dihadiri oleh 1,600 perwakilan daripada seluruh negara secara fizikal.

“Justeru, selamat bersidang diucapkan kepada semua perwakilan Mesyuarat Agung Bahagian di seluruh negara yang akan bermula 26 November sehingga 28 November 2021,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *