MMA harap KJ dapat selesaikan pelbagai isu KKM

 MMA harap KJ dapat selesaikan pelbagai isu KKM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap penubuhan Suruhanjaya Kesihatan bakal menjadi agenda utama Khairy Jamaluddin selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata ini bagi membolehkan Malaysia segera keluar daripada kesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Subramaniam juga berharap, pelbagai isu berbangkit, termasuk doktor kontrak dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 100 hari pelantikan Ahli Parlimen Rembau itu ke jawatan berkenaan.

Beliau juga mengalu-alukan pelantikan Khairy Jamaluddin, selain menyifatkan kewibawaan beliau sudah terbukti ketika menyandang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.

“MMA menantikan idea segar, baharu dan inovatif dari Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah pimpinan beliau, selain KKM muncul kementerian paling penting ketika ini kerana negara berjuang bagi mengatasi pandemik COVID-19.

“MMA juga berharap beliau mengiktiraf peranan penting penjagaan primer dalam ekosistem penjagaan kesihatan dan keperluan kerjasama dan kolaborasi erat bagi sektor awam-swasta dalam pengurusan.

“MMA juga berharap mengadakan pertemuan bersama Khairy selain mengadakan libat urus berkala dengan KKM bagi membincangkan mengenai dasar kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  6  =