MK K-Clique Sapu Rata?

 MK K-Clique Sapu Rata?

PETALING JAYA : Penyanyi rap popular, MK K-Clique dilantik sebagai duta baharu untuk permainan PUBG Mobile sekali gus bertepatan dengan judul single terbarunya, Sapu Rata.

Bercakap mengenai penglibatannya dengan PUBG, MK berkata, dia sebagai duta pemain video berkenaan bakal berkolaborasi untuk beberapa projek lain pada masa akan datang.

“Saya bergelar duta untuk permainan ini selama setahun. Jadi, kami telah merancang beberapa projek sepanjang mengikat kontrak bersama.

“Lagu Sapu Rata ini merupakan antara projek yang kami telah jayakan. Namun, projek-projek lain akan diberitahu pada masa ke masa,” ujarnya.

Lagu Sapu Rata kini boleh didapati di seluruh pelantar penstriman termasuk Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Deezer, KKBox bermula 12 November lalu.

Sungguhpun menggunakan bahasa yang tidak formal seperti perkataan campuran gua, lu dan awek serta kata-kata Bahasa Inggeris dalam Sapu Rata, namun, pemilik nama lengkap, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, itu menjelaskan, lagu berkenaan tidak menggunakan bahasa rempit.

“Lagu ini tidak menggunakan lirik ‘rempit’, tetapi street word, sebaliknya saya menggunakan bahasa yang di luar formaliti. Dalam bahasa yang lebih mudah, bahasa yang saya gunakan dalam lagu ini membuatkan pendengar lebih dekat dengan saya.

“Penggunaan bahasa ini bukanlah secara suka-suka. Selain Sapu Rata merupakan single yang dibikin selepas saya bergelar duta permainan video PUBG, lagu ini juga dihasilkan untuk menarik perhatian komuniti gamers dengan penggunaan lirik yang lebih santai,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *