• Sunday, 20 June 2021, 12:29 pm

MITI luluskan 21.8 peratus permohonan operasi PKP 3.0

 MITI luluskan 21.8 peratus permohonan operasi PKP 3.0

Datuk Seri Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat ini telah meluluskan sebanyak 21.8 peratus surat kebenaran beroperasi kepada syarikat yang memohon.

Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali berkata jumlah tersebut melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia dan 128,150 surat kebenaran beroperasi yang telah dicetak.

“Kesemua permohonan ini telah diluluskan melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azmin berkata setakat ini sebanyak 586,308 perniagaan dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS.

Semalam tular di media sosial rakyat tidak berpuas hati kerana masih banyak syarikat yang dibenarkan beroperasi.

Terdapat juga dakwaan bahawa sistem CIMS MITI telah dibolosi dan terdapat surat kelulusan palsu.

Azmin berkata MITI akan sentiasa melakukan pemantauan bersama agensi penguatkuasaan dan orang ramai boleh membuat aduan jika terdapat penyalahgunaan surat kebenaran oleh kementerian tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *