• Sunday, 20 June 2021, 3:46 pm

MITI bukan penentu tunggal kelulusan beroperasi – Azmin

 MITI bukan penentu tunggal kelulusan beroperasi – Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Kredit foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukan satu-satunya penentu bagi kelulusan operasi sektor perniagaan penting.

Menteri Kanan Azmin Ali dalam sebuah kenyataan menjelaskan surat kebenaran operasi CIM 3.0 hanya dikeluarkan oleh MITI setelah kementerian – kementerian yang mengawal selia sektor tersebut membuat pengesahan kepada MITI.

“Sebanyak 15 kementerian yang menggunakan sistem CIMS 3.0 untuk tujuan proses penilaian permohonan kebenaran operasi di sektor masing-masing,” katanya.

Menurut Azmin, terdapat juga kementerian yang menggunakan sistem kebenaran kelulusan yang lain seperti kementerian pengangkutan yang menggunakan sistem SMILE ( Sistem Maklumat Industri Logistik).

Azmin berkata MITI sentiasa terbuka untuk menerima aduan termasuk dakwaan sistem CIMS 3.0 telah dibolosi dan terdapat syarikat yang mendapat kelulusan walaupun tidak berada dibawah sektor dibenarkan.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberi jaminan MITI akan sentiasa melakukan pemantauan bersama agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan SOP PKP 3.0 dilaksana dengan baik.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *