MITI bawa lebih banyak peluang pelaburan berkualiti untuk rakyat – Azmin

 MITI bawa lebih banyak peluang pelaburan berkualiti untuk rakyat – Azmin

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-137 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri akan terus memberi keutamaan kepada rakyat dalam membawa lebih banyak peluang pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia. sekaligus dapat memberi impak kepada pengukuhan ekonomi rakyat setiap negeri yang terbabit selain memperkenalkan pelbagai inisiatif galakan program pelaburan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, usaha ini dapat memberi impak kepada pengukuhan ekonomi rakyat setiap negeri yang terbabit selain memperkenalkan pelbagai inisiatif galakan program pelaburan.

“MITI komited dalam usaha meningkatkan produktiviti melalui mudahcara peraturan agar daya saing negara dapat ditingkatkan bagi menyokong pelaburan, perdagangan serta pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.” ujar beliau.

Azmin berkata demikian ketika menyertai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-137 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa,

Mesyuarat berkenaan bertujuan untuk menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang efektif terutamanya berkaitan dengan pelaburan negara.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *