Misteri kehilangan seorang lelaki terjawab

 Misteri kehilangan seorang lelaki terjawab

ISKANDAR PUTERI, 17 Jun — Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak semalam terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam kawasan tadahan air di belakang Taman Nusa Indah, Gelang Patah, semalam.

Lee Jiann Weng, 45, sebelum itu seperti biasa menjalani rutin harian berehat di kawasan tersebut pada waktu petang.

Namun apabila tidak pulang hingga jam 8 malam tadi, isterinya cuba mencari mangsa namun gagal sebelum meminta bantuan polis dan bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penguasa Kanan Pegawai Bomba Mohd. Khairi Zainudin berkata, enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam kawasan tadahan air di belakang Taman Nusa Indah, Gelang Patah, Iskandar Puteri, semalam. 

“Setelah membuat pencarian di sekitar kawasan terbabit, mangsa dijumpai dalam kawasan tadahan air tersebut. Bomba menggunakan ‘body bag’ dan ‘junkin stretcher’ bagi kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Operasi tamat jam 2.48 petang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  2  =